skip to Main Content
FELDA TRAVEL

Oleh : Prof Madya Dr. Jamalluddin Hashim
Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Tabung Haji Malaysia
DENGAN KERJASAMA FELDA TRAVEL SDN BHD

“Saya akan terangkan kepada anda cara dan bagaimana anda dapat tunaikan ibadah haji dengan sempurna”

Ramai yang mengadu kepada kami kerana mereka menghadapi masalah-masalah seperti berikut;

Tidak dapat mengikuti kursus haji disebabkan Covid19 dan SOP,

Tidak terpilih mengikuti kursus asas haji online oleh Tabung Haji,

Masalah kesihatan yang menyukarkan pergerakkan untuk mengikuti kursus,

Sedang mencari modul kursus asas haji yang dipercayai dan lengkap,

Tidak pernah mengikuti kursus asas haji,

Ingin mengikuti kursus secara santai di rumah,

dan banyak lagi aduan, keluhan dan alasan yang kami terima!

"Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima dan menjadi kewajiban kepada seluruh umat Islam samada lelaki mahupun perempuan yang mempunyai kemampuan bagi menunaikannya sekali selama hayatnya."

Ibadah haji merupakan perintah teragung yang cukup istimewa daripada Allah kepada semua umat Islam. Seluruh pekerjaan ibadah haji itu sendiri merupakan gambaran sebuah perjalanan rohani hamba menuju Tuhannya yang penuh makna dan simbolik. Oleh itu, adalah sangat perlu diberi perhatian dan dititik beratkan persediaan ibadah haji ini agar ibadah yang akan dikerjakan kelak dapat dilaksanakan dengan betul mengikut tertib berpandukan sumber yang sahih agar ianya diterima oleh Allah SWT.

Justeru itu, kami memperkenalkan

SET KURSUS ASAS HAJI ONLINE
(YANG PERTAMA DI MALAYSIA)

Modul lengkap 10 siri secara teori dan 1 siri praktikal khas untuk bakal haji dan hajah seperti anda.

Lengkap dengan visual berwarna, jelas dan anda pasti akan mudah faham.

Platform baru di era pandemik untuk bimbingan lengkap persiapan ilmu haji.

Terbuka kepada semua bakal jemaah haji seluruh Malaysia samada melalui Muassasah mahupun secara pakej.

Kursus Haji online ini merupakan solusi terbaik untuk pembelajaran norma baharu secara e-learning.

APA KATA PESERTA
KURSUS ASAS HAJI ONLINE

Wabak Covid yang melanda dunia menjadikan pergerakan kita semakin terbatas. Inisiatif Felda Travel menyediakan produk pengajian secara online adalah usaha yang sangat baik bagi memudahkan bakal2 haji sesuai dengan cabaran semasa. Kursus haji teori dan praktikal dihimpunkan dalam satu modul lengkap. Mudah berbanding kursus bersiri mingguan yang perlu dihadiri secara fizikal.

Haji Azha Mat Salleh

Jemaah Haji Muassasah 2007

Alhamdulillah, walaupun saya sudah mengerjakan haji dan umrah, inisiatif Kursus Haji Online dari Felda Travel sangat menggamit memori perlaksanaan haji. Kursus yang sangat jelas dan mudah di fahami untuk diulangkaji. Sesuai untuk individu yang belum atau sudah ke Tanah Suci. Tahniah Felda Travel!

Ustazah Nazirah Abu Bakar

Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM

Isi kandungan Video Rakaman Kursus Asas Haji

Inilah rakaman paling lengkap yang pernah di hasilkan & juga yang pertama di Malaysia!

Preview 1 – Klik di atas untuk mainkan video

Preview 2 – Klik di atas untuk mainkan video

VIDEO KURSUS HAJI

VIDEO KURSUS HAJI

Video bimbingan lengkap ilmu menunaikan Haji 11 Siri termasuk siri khas amali Haji.

EBOOK KURSUS HAJI Ebook (buku nota digital) lengkap kursus haji hampir 500 muka surat untuk rujukan.

EBOOK KURSUS HAJI

Ebook (buku nota digital) lengkap kursus haji hampir 500 muka surat untuk rujukan.

AUDIO MP3 KURSUS HAJI

Pilihan untuk anda belajar secara mendengar audio dengan kebebasan pergerakan.

SIJIL KURSUS HAJI

Sijil Penghargaan untuk satu penama disediakan bagi setiap pembelian.

USB UKIRAN KAYU

Pendrive eksklusif Kursus Asas Haji dari Felda Travel Sdn Bhd akan menjadi milik anda.

KHIDMAT SOKONGAN

Pembimbing kami sedia membantu anda melalui sokongan group (Telegram).

Siri 1 : Sejarah & pengenalan  Tanah Suci Makkah & Madinah

✅ Sejarah Tanah Suci Makkah

✅ Adab & Kelebihan Tanah Haram Makkah

✅ Sejarah Kaabah & Masjidil Haram

✅ kawasan Masya’ir Haji

✅ Sejarah Madinah Al – Munawarah

 

Siri 2 : Falsafah & Penyucian Jiwa : Penerangan ringkas ibadah haji dan umrah

✅ Talbiah dan Pengertiannya

✅ Hikmah dan Falsafah Haji

✅ Adab Sebelum Menunaikan Haji & Umrah

✅ Penyucian Jiwa

✅ Sifat Terpuji & Tercela

✅ Menjauhi Amalan Syirik , Khurafat & Bida’ah

✅ Pengertian Haji & Umrah

✅ Dalil Kewajiban Haji & Kelebihan Ibadat Haji

✅ Pengertian Haji Mabrur & Panduannya

✅ Syarat Wajib Haji & Umrah

✅ Perbezaan Antara Rukun Haji & Umrah

✅ Carta Aliran Mengerjakan Haji

 

Siri 3 : Rukun Haji : Niat Ihram , Wuquf & Tawaf

✅ Pengertian Rukun Haji & Wajib Haji

✅ Rukun 1 : Niat Ihram Haji

✅ Rukun 2 : Wuquf di Arafah

✅ Rukun 3 : Tawaf

 

Siri 4 – Sa’ie , Bercukur / Bergunting & Tertib Pada Kebanyakkan Rukun

✅ Rukun 4 : Sa’ie

✅ Rukun 5 : Bercukur atau Bergunting

✅ Rukun 6 : Tertib Pada Kebanyakkan Rukun

 

Siri 5 : Wajib – wajib Haji : Niat Di Miqat , Larangan Dalam Ihram & Mabit Di Muzdalifah

✅ Pengertian Wajib Haji

✅ Wajib Haji 1 : Niat Berihram

✅ Wajib Haji 2 : Larangan Ihram > 13 Larangan Ihram

✅ Dam

✅ Wajib Haji 3 : Bermalam ( Mabit ) di Muzdalifah

 

Siri 6 : Wajib – wajib Haji : Melontar Jamrah Kubra 10 Zulhijjah Mabti Di Mina Hari – hari Tasyrik

✅ Wajib Haji 4 : Melontar Jamrah Kubra

✅ Wajib Haji 5 : Bermabit di Mina

✅ Tahallul Awal / Tahallul Thani

✅ Wajib Haji 6 : Melontar ketiga – tiga Jamrah

✅ Nafar Awal / Nafar Thani

 

Siri 7 : Jenis Haji & Cara Mengerjakan Haji

✅ Jenis – Jenis Haji

✅ Cara Mengerjakan Haji

 

Siri 8 : Aurat , Izin Suami , Taharah & Solat

✅ Aurat Wanita & Permasalahan Berkaitan Aurat

✅ Aurat Lelaki

✅ Keizinan Suami atau wali

✅ Taharah , Istinjak & Wuduk

✅ Solat Fardhu & Solat Sunat di Tanah Suci

 

Siri 9 : Fiqh Wanita Dalam Ibadat Haji

✅ Jenis – jenis Darah

✅ Haid

✅ Istihadhah

✅ Angin

✅ Keputihan

✅ Lembapan Faraj

✅ Pengambilan Pil

✅ Isu – isu semasa mengerjakan Haji

✅ Larangan Ketika Haid

 

Siri 10 : Ibadat Umrah , Niat bersyarat , Tawaf Wada & Ziarah Madinah

✅ Pengertian , rukun haji & wajib umrah

✅ Cara – cara mengerjakan umrah

✅ Niat bersyarat

✅ Pengertian & Hukum Tawaf Wada

✅ Permasalahan berkaitan Tawaf Wada

✅ Ziarah Madinah

 

Siri 11 – Amali

✅ Tatacara pemakaian ihram

✅ Tawaf

✅ Saie

✅ Melontar Jamarah

✅ Bergunting

✅ Wukuf di Arafah

✅ Bermabit di Muzdhalifah

✅ Bermabit di Mina

Sangat lengkap seperti anda berada di suasana sebenar! Malah bukan itu sahaja, anda wajib beli Modul Kursus Haji anjuran Felda Travel Sdn Bhd ini dengan segera kerana;

Syarikat Felda Travel adalah pemegang lesen Bumiputra & PJH yang sah sejak 2007.

Penceramah yang bertauliah (PEKTA) dalam menyampaikan isi Kursus Asas Haji ini.

Penceramah yang bertauliah  (PEKTA) dalam menyampaikan isi Kursus Asas Haji ini. 

Module Kursus Asas Haji ini diiktiraf oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Modul Kursus Asas Haji ini adalah 100% mengikut standard dari Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Jika anda adalah bakal jemaah haji Muasasah (TH), masih menunggu giliran, pendeposit haji baru, mahupun baru bercadang untuk mendaftar haji,

DAPATKAN MODUL BERKUALITI INI SEKARANG.

200 PEMBELI TERAWAL

* Dapatkan Kurma Ajwa Premium secara percuma! Jangan lepaskan peluang ini.

Maaf! 200 orang telah menebus hadiah ini..

TUNGGU SEKEJAP..

Ini adalah tawaran sangat TERHAD. Kami faham anda mungkin sedang berjimat cermat untuk berbelanja disebabkan PKP. Jadi untuk tempoh terhad, kami menawarkan potongan harga 49% bagi PAKEJ RAYHAN dan 18% bagi PAKEJ RAWDAH. Pilih set yang anda nak, automatik anda layak terima diskaun.

Pembelian boleh dilakukan secara online atau pon offline. Anda hanya perlu mulakan dengan memilih pakej yang disediakan di bawah. Seterusnya anda akan dibawa ke halaman pembayaran.

RAYHAN

Pakej Lengkap Kursus Asas Haji
RM97
RM 57
  • Video Rakaman Kursus Haji 11 Siri
  • Ebook Lengkap Kursus Haji
  • Sijil Kursus Haji

RAWDAH

Pakej Extra Lengkap Kursus Asas Haji
RM177
RM 97
  • Video Rakaman Kursus Haji 11 Siri
  • Ebook Lengkap Kursus Haji
  • Sijil Kursus Haji
  • Audio MP3 Kursus Haji
  • Pendrive Ukiran Kayu
  • Khidmat Sokongan Masalah Haji
Popular

MASIH TAK DAPAT BUAT KEPUTUSAN??

Ramai yang telah mendapatkan kursus asas haji online ini. Anda sendiri boleh nilai bertapa gembira pelanggan yang telah mendapatkan panduan ini.

Alhamdulillah Syukur kepada Ilahi kerana saya boleh ulangkaji & mempelajari Fiqh Haji & Umrah melalui perkongsian hebat dari insan yang sangat hebat berpengalaman dalam bidang ini. Saya harap kepada bakal2 Haji dan untuk mendalami ilmu Haji boleh dapatkan pakej Kursus Haji dari Felda Travel..Usaha yang sangat baik, cemerlang dan berkesan.

Haji Azhar Haji Ghazali

Pembimbing & PEKTA Tabung Haji

Alhamdulillah..modul yang terbaik, lengkap dengan maklumat yang diperlukan oleh bakal haji dan sangat mudah di fahami. Terima kasih Felda Travel kerana berjaya menghasilkan modul kursus asas haji online ini.

Ustaz Ilyas

Pengerusi Surau Al Muhajirin

Firman Allah S.W.T :

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran: 97)

FELDA TRAVEL TELAH MEMBANTU RIBUAN MUSLIM MELAKSANAKAN IBADAH HAJI SEJAK TAHUN 2007. KEPUASAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI DALAM MEMBANTU SEGALA URUSAN.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian offline, hubungi kami di talian pejabat yang tertera di bawah atau klik mana-mana talian Whatsapp yang disediakan.

Back To Top
MODUL RAKAMAN KURSUS ASAS HAJI

Prof Madya
Dr. Jamalluddin Hashim

Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Tabung Haji Malaysia.

 

Prof. Madya Dr Jamalluddin merupakan anak kelahiran Perak yang memegang jawatan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Universiti Islam Madinah pada tahun 1997 dan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002. Kemudian, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah Pengajian Islam (Filologi Islam) di Universiti Malaya pada tahun 2011.

 

Aktif didalam bidang penulisan Umrah dan Haji, Prof. Madya Dr Jamalluddin telah menulis 2 buku yang bertajuk Fiqh Umrah Kontemporari (2017) dan yang paling terbaru adalah Fiqh Haji Kontemporari (2020). Selain itu, beliau mempunyai pengalaman luas berkenaan aktiviti Umrah dan Haji serta beliau telah dilantik sebagai penceramah Haji dan Umrah  bermula sejak tahun 2003 sehingga kini.