skip to Main Content
FELDA TRAVEL

Terma & Syarat Pembelian

Pemulangan & Pengembalian
Sekiranya produk yang anda beli diterima dalam keadaan rosak atau tidak berfungsi, sila maklumkan kepada kami dalam tempoh 7 hari daripada tarikh produk diterima di talian 03 2789 1348 bagi membolehkan kami membuat verifikasi dan penilaian segera.

Kami akan menggantikan produk tersebut dengan produk baru tanpa sebarang caj tambahan sekiranya penilaian mendapati kerosakan berpunca daripada pihak kami. Felda Travel sentiasa komited untuk memastikan kepuasan anda sebagai pelanggan.


Kesulitan Operasi Produk
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengendalikan produk anda, sila hubungi Unit Haji kami di talian 03 2789 1348 pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi – 5:30 petang.

Back To Top
MODUL RAKAMAN KURSUS ASAS HAJI

Prof Madya
Dr. Jamalluddin Hashim

Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Tabung Haji Malaysia.

 

Prof. Madya Dr Jamalluddin merupakan anak kelahiran Perak yang memegang jawatan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Universiti Islam Madinah pada tahun 1997 dan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002. Kemudian, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah Pengajian Islam (Filologi Islam) di Universiti Malaya pada tahun 2011.

 

Aktif didalam bidang penulisan Umrah dan Haji, Prof. Madya Dr Jamalluddin telah menulis 2 buku yang bertajuk Fiqh Umrah Kontemporari (2017) dan yang paling terbaru adalah Fiqh Haji Kontemporari (2020). Selain itu, beliau mempunyai pengalaman luas berkenaan aktiviti Umrah dan Haji serta beliau telah dilantik sebagai penceramah Haji dan Umrah  bermula sejak tahun 2003 sehingga kini.