skip to Main Content

Borang Pertanyaan

Back To Top
MODUL RAKAMAN KURSUS ASAS HAJI

Prof Madya
Dr. Jamalluddin Hashim

Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Tabung Haji Malaysia.

Prof. Madya Dr Jamalluddin merupakan anak kelahiran Perak yang memegang jawatan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Universiti Islam Madinah pada tahun 1997 dan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002. Kemudian, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah Pengajian Islam (Filologi Islam) di Universiti Malaya pada tahun 2011.

Aktif didalam bidang penulisan Umrah dan Haji, Prof. Madya Dr Jamalluddin telah menulis 2 buku yang bertajuk Fiqh Umrah Kontemporari (2017) dan yang paling terbaru adalah Fiqh Haji Kontemporari (2020). Selain itu, beliau mempunyai pengalaman luas berkenaan aktiviti Umrah dan Haji serta beliau telah dilantik sebagai penceramah Haji dan Umrah  bermula sejak tahun 2003 sehingga kini.