skip to Main Content
FELDA TRAVEL

Soalan Lazim

SOALAN – SOALAN LAZIM (F.A.Q)

1. Dimanakah letaknya ibu pejabat Felda Travel Sdn Bhd?
Kami beroperasi di Level 7E, Wisma FGV Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Jika berminat untuk bertemu Pegawai Jualan kami, anda boleh menghubungi kami ditalian 03 27891133 atau +6019-201 0843 (Puan Shidah) untuk menetapkan temu janji.

2. Siapakah yang sesuai untuk mendapatkan Kursus Haji Online ini?

Semua bakal jemaah yang bakal atau telah mengerjakan haji dan umrah samada melalui muassasah mahupun pakej swasta. Pakej ini juga sesuai bagi semua lapisan masyarakat untuk memperkasakan ilmu haji.

3. Bolehkah saya membelikan Kursus Haji Online ini sebagai hadiah kepada ibu saya atau orang lain?
Boleh, pihak kami akan menghantar kepada alamat seperti dikehendaki dan nama bagi penama Sijil Digital boleh diisi di ruangan yang telah disediakan sewaktu proses pembayaran.

4. Berapakah minimum kuantiti tempahan?
Tiada minimum kuantiti tempahan. Namun satu pembelian adalah terhad untuk satu penama sahaja untuk Sijil Digital Kursus Haji.

5. Bagaimana cara untuk membuat tempahan?
Tempahan boleh dibuat menerusi laman sesawang www.kursushaji.com dan menekan butang Tempah Sekarang.

6. Penghantaran atau pengambilan sendiri?
Kedua-duanya cara ini disediakan. Pengambilan sendiri boleh dibuat di pejabat kami di Wisma FGV Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.

7. Saya tiada online banking boleh tak bayar secara manual?
Boleh, bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank – 5144 9540 1643 (FELDA TRAVEL SDN BHD) dan anda boleh hantarkan resit pembayaran melalui whatsapp ke +6019-201 0843 (Puan Shidah).

8. Siapakah yang bertanggungjawab menjawab permasalahan haji yang diutarakan dalam group Khidmat Sokongan Soal Jawab Haji?
Pembimbing Ibadat Haji kami yang mempunyai tauliah akan membantu anda merungkaikan permasalahan ibadat haji yang dihadapi.

Back To Top
MODUL RAKAMAN KURSUS ASAS HAJI

Prof Madya
Dr. Jamalluddin Hashim

Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) Tabung Haji Malaysia.

 

Prof. Madya Dr Jamalluddin merupakan anak kelahiran Perak yang memegang jawatan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Universiti Islam Madinah pada tahun 1997 dan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002. Kemudian, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah Pengajian Islam (Filologi Islam) di Universiti Malaya pada tahun 2011.

 

Aktif didalam bidang penulisan Umrah dan Haji, Prof. Madya Dr Jamalluddin telah menulis 2 buku yang bertajuk Fiqh Umrah Kontemporari (2017) dan yang paling terbaru adalah Fiqh Haji Kontemporari (2020). Selain itu, beliau mempunyai pengalaman luas berkenaan aktiviti Umrah dan Haji serta beliau telah dilantik sebagai penceramah Haji dan Umrah  bermula sejak tahun 2003 sehingga kini.